Rabu, 16 September 2009

Kueh Mor di lupa jangan.



Apakah kita masih ingat atau sengahaja tak ingat atau mungkin tak mau ingat,tentang kueh hari raya dulu zaman 70an ke 80an.Di mana setiap rumah mesti atau pun harus menyadiakan nya.kueh ini jika tak ada di hidangkan seolah olah tidak lengkap.Kueh ini senang di buat dan bahan2nya pun senang di dapati dan di beli.Kueh yang saya maksudkan ialah kueh Mor.

Kueh Mor memang sedap apabila di makan pecah di mulut itulah bestnya.Sekarang ini kueh Mor macam terakis namanya kerna generasi muda sekarang ini di longokkan dengan bermacam macam nama kueh serta reka bentuknya.Kadang kadang ada juga beberapa rumah yang di kunjungi tak menghidangkan kueh Mor??????mungkin mereka terlupa atau kelupahan membuat atau tak tahu membuat dan tak ingat membeli.......?????...Kalau dulu dulu apabila kita berkunjung ke rumah waktu beraya kueh yang mula mula di tanyakan ialah kueh Mor."jadi tah kueh mor mua ah,kan mencuba eh apa rasanya"kadang kadang perkataan yang sering keluar "apa kueh mor ku nda putih ah napa ya ah"mereka memperkataan tentang kueh Mor saja.Walaupun di zaman itu ada juga kueh lain yang terhidang namun kueh Mor di zaman itu memang popular di kalangan tukang tukang membuat kueh.Tetapi yang uniknya tentang kueh Mor ialah ia hanya hadir bila menjelang hari raya.Di bulan bulan lain memang susah di dapati,bukannya susah hendak membuatnya tetapi ianya mungkin khas untuk hari raya saja tak tahu kenapa tukang buat kueh Mor ini hanya membuatnya waktu kan menyambut hari raya saja.Itu lah unik serta aslinya kueh Mor.
Aku berharap agar generasi baru tidak akan melupakan kueh Mor.Sekurang kurangnya mereka tahu membuatnya.Sekali lagi bukannya payah sangat hendak membuatnya.Sekain saja paparan kueh raya kali ini.SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Khamis, 3 September 2009

RAMADHAN DATANG LAGI


Alhamdullilah kita sama sama menemui Ramadhan lagi.Bererti kita menjalankan ibadah puasa dengan ikhlas.Tanpa rasa sangsi akan ganjaran yang akan di terima kelak di akhirat.
Tarawih jua jangan di lupa pada mereka yang dapat mengerjakannya dengan berjemaah.
Syok dan siok berjemaah beramai ramai di masjid dan bertemu kawan kawan.Kadang kadang kita akan kejumpaan kawan yang sudah lama tidak berjumpa mungkin dari zaman sekolah lagi.Ini lah sioknya Tarawih (sembahyang Terawih)berjemaah di masjid masjid.Ia juga akan melebarakan silaturahim dan akan memberkati kehidupan kita.

Pada mereka yang handal membaca AlQuran pula, bertedruz lah pula di rumah atau di masjid atau di mana mana juga.Pada mereka yang baru belajar bolehlah sama sama meghadirkan diri sambil menunduki dan belajar AlQuran bersama sama jemaah yang lain.
Sekian saja coretan saya kali ini,puasa puasa juga sahur jangan lupa karang lapar esoknya.

Selasa, 19 Mei 2009

kalimah di sisik Toman



pada 17.05.09 yang lalu adik ipar saya telah pergi memancing di sebuah ampangan yang terletak agak terpencil dari bandar di atas sebuah bukit.Sebelum itu hujan telah turun namun rasa ghairah teramat hendak mencuba umpan palsu yang baru di belinya,adik ipar saya meneruskan memancing pagi itu.Tak disangka sangka ikan toman waktu itu begitu aktif mengajar umpan palsu yang di humbakan.Hasilnya 2 ekor dapat di naikan.Salah seekor nya tertara tulisan kalimah Alif.Lam.Lam,Ha disebelah badan Toman tersebut,perkara di sedari apabila ikan Toman tersebut di pelihara selama 2 hari.

Jumaat, 1 Mei 2009

kalimah Alif,Lam,Lam,Ha.


Gambar ini di ambil oleh adik ku semasa berada di sebuah kebun yang terletak di dalam hutan.
Sewaktu adik ku berjalan jalan di sebalik batu yang besar tiba tiba ia terlihat seolah olah satu kalimah yang terpapar di dinding batu di sebelahnya.Apabila di amat amatinya ternyata kalimah tersebut tertulis perkatan Alif,Lam,Lam,Ha.Tanpa berlengah lagi ia terus mencapai talipun bimbitnya dan terus merakamkn gambar tersebut.Kalimah tersebut terbentuk melalui pancaran sinaran matahari di waktu senja.Sinaran matahari tersebut memancar kedahan dahan pokok dan bunga dan selebihnya terpancar terus ke batu besar tersebut,lalu terbentuklah tulisan kalimah,Alif,lam.lam.ha.
kesimpulannya sesungguh tanda tanda kebesaran tuhan itu ada di mana mana serta kebenaraan.Hanya manusia sendiri tak mahu berfikir.

Sabtu, 28 Mac 2009

kegelapan

Hayati lah erti 1jam tanpa,eletrik,hayatilah dulunya tanpa eletrik.
kepanasan Global adalh hasil dari tangan tangan manusia sendiri,
tak perlu menunding jari sesama sendiri.Tunding lah jari kepada kita sendiri
Apakah kita akan mengatahui 100 tahun akan datang,apa akan jadi dunia ini???
Dari itu yang perlu kita ketahui ialah,diri kita sendiri.

Rabu, 25 Mac 2009

Misteri wasai kg??????


Biasa nya aku dan teman temanku apabila cuti sekolah,kami sering memancing ikan air tawar di sebuah wasai yang letaknya tidak jauh dari rumah kami.Biasanya kami bertiga saja yang sering mengunjungi wasai tersebut kerna wasai itu terlalu jauh ke dalam hutan,bukan kami berani sangat tapi di sebabkan terlalu minat serta hoby memancing walau pun di tengah hutan asalkn ada ikanya kami sanggup meredahnya.Di pendekan cerita pada suatu pagi kami pun seperti biasa memancing ke wasai tersebut cuaca ketika itu agak sadau(langit di liputi awan)jadinya keadaan di dalam hutan agak gelap sedikit.Sesampainya kami di sana kami pun mulalah memancing.Hampi 2jam kami melabuhkan pancing kami.satu ekor ikan pun tak sudi merentap umpan kami.Kami bertiga merasa hairan,biasanya tidak begini.Kalau lah di kirakan masa 2jam ini kami sudah mendapatkan ikan sekurangkurangnya 5ke 6 ekor.Tapi kali ini kami seekor ikan pun belum kami perolehi.Hairan hairan fikir kami bertiga.
Semasa di dalam hutan itu sekali sekala kami di kejutkan oleh suara suara asing,entah dari mana asalnya.Kadang kadang macam ada orang memanggil nama kami bertiga,tapi kami tak hiraukan sangat,maklum lelakilah di katakan.Apabila pukul 12 tengah hari kami pun balik ke rumah untuk makan.Dalam rancangan kami nanti petang saja kami melawat pancing kami yang di tiggalkan.Di pendekan cerita lagi....,apa bila jam menunjukan 530 ptg,kami pun pergi hendak melawat serta mengambil pancing kami yang di tiggalkan di wasai tadi.Sesampainya kami di sana tiba tiba kami di kejutkan lagi oleh suara yang amat jelas sekali.Kali ini suara perempuan yang sedang mandi di wasai itu sambil tertawa,kami agak ada 3 orag.Apalagi kami pun mulalah nak mengintai di celah celah daun serta pokok.Tetapi.................................ah...tak puas hati cari lagi suara itu,kocakan air terlalu kuat bunyinya serta suara perempuan ketawa itu.
Aku mula memberanikan diri menghampiri suara tersebut tetapi........................????pesoalan timbul lagi.Yang hairan nya suara ada bayanganya tidak nampak kocakkan air ada.Kami tak puas hati cari lagi semakin jauh prjalanan kami mencari suara itu,namun kalibat bayangannya tak ada.Hari hampir gelap mahu masuk waktu maghrib,teriakan suara itu makin menghilai terlalu kuat.seolah olah di depan kami bertiga.Bulu roma kami mula berdiri ,baru kami sedar suara itu bukan suara orang tetapi suara...................................................peghuni makhluk halus yang tinggal di situ.Mungkin juga suara hatu raya,yang sering keluar di waktu maghrib.Antah lah yang pastiny ceritaku ku ini adalah benar.Dari saat itu hingga ke hari ini kami tak pernah lagi ke wasai tersebut.Tempat itu pun semakin seram kerna wasainya yang dulu indah sudah menjadi hutan tebal.p/s setiap wasai ada penghuninya.Crita ini di lalui oleh 3 sehabat,aku,sani dan hj Boy.

Sabtu, 21 Mac 2009

khayalan yg murni

hidup umpama mimpi ,mimpi umpama hidup.tanpa hidup tiada mimpi,tanpa mimpi tiada hidup
seorang yang hidupnya tiada mimpi seumpama batu di jalanan.seseorang yang tak pernah mimpi seumpama celek sepanjang zaman.