Jumaat, 27 Julai 2012

Ustaz Azhar puji Brunei...........Allah Hu Akbar

pada 15 July 2012 hari keputeraan kebawah duli yang maha mulia,
Baginda telah bertitah "Sejajar dengan tuntutan masa dan perkembangan global, Beta dalam bidang ICT, juga telah memperkenankan peruntukan sejumlah B$230 juta dibawah RKN Ke-10 untuk Kementerian Perhubungan melaksanakan projek “Fibre-to-the-Home”, yang pada asasnya akan menyediakan infrastruktur jalur lebar yang menyeluruh."


   APA DIA FIBER OPTIC?



Fiber optik (atau bisa disebut serat optik) adalah saluran transmisi atau sejenis kabel yang terbuat dari kaca atau plastik yang sangat halus dan lebih kecil dari sehelai rambut, dan dapat digunakan untuk mentransmisikan sinyal cahaya dari suatu tempat ke tempat lain. Sumber cahaya yang digunakan biasanya adalah laser atau LED. Kabel ini berdiameter lebih kurang 120 mikrometer. Cahaya yang ada di dalam serat optik tidak keluar karena indeks bias dari kaca lebih besar daripada indeks bias dari udara, karena laser mempunyai spektrum yang sangat sempit. Kecepatan transmisi serat optik sangat tinggi sehingga sangat bagus digunakan sebagai saluran komunikasi.
 
Apa yang menjadi kelebihan dari fiber optic dibandingkan dengan kabel tembaga yang biasa di pakai?

1. Lebar jalur besar dan kemampuan dalam membawa banyak data, dapat memuat kapasitas informasi yang sangat besar dengan kecepatan transmisi mencapai gigabit-per detik dan menghantarkan informasi jarak jauh tanpa pengulangan
2. Biaya pemasangan dan pengoperasian yang rendah serta tingkat keamanan yang lebih tinggi
3. Ukuran kecil dan ringan, sehingga hemat pemakaian ruang
4. Imun, kekebalan terhadap gangguan elektromagnetik dan gangguan gelombang radio
5. Non-Penghantar, tidak ada tenaga listrik dan percikan api
6. Tidak berkarat


   Fibre-to-the-Home- Terus ke rumah

Selasa, 24 Julai 2012

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah






Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?







'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu





Pada tahun 80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.

Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




Pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.


*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


[BONGKAR] Sejarah Yang Digelapkan: Jack Sparrow Adalah Muslim

 Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.


Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang 

Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward, gelarannya Jack Birdy (lebih dikenali sebagai Jack Sparrow) pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.


Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.

Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh Kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memeterai perjanjian perdamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.

Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Sultan Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.


Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Uthmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.

Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.


Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.

Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.

Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang (simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Uthmaniyyah) dan janggut (Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).


#Ada juga teori yang mengatakan Jack Sparrow sebagai seorang Melayu malah ada yang berpendapat beliau adalah Panglima Awang Hitam, manusia pertama mengelilingi dunia serta membuktikan bumi itu bulat. Wallahualam. ^^ SUMBER DARI HIJABUL CREW BLOGSPOT.COM

Isnin, 23 Julai 2012

Pemain bola sepak Eropah muslim berpuasa

Ibnu Hasyim: Tips Puasa Unt Pemain Bola Sepak Pula..: CATATAN SANTAI IBNU HASYIM KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK) KALI ini saya akan persembahkan tips puasa Ramadhan untu...

Sabtu, 21 Julai 2012

ALLAH HU AKBAR.SOLAT TARAWIH DI MESIR


Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!

Jumaat, 20 Julai 2012

KEMALANGAN HELIKOPTER BELL 212 CHOPPER

 20.07.2012 .SEPULUH daripada 14 anggota tentera telah dilaporkan telah terbunuh dalam kemalangan helikopter tragis di kawasan Belait yang berlaku sehari sebelum bermulanya bulan puasa Ramadan.




Sebelum nya sebuah lagi helikopter Bell 212 (TUDB)
telah mengalami kemalangan semasa mendarat di kawasan bukit Belalong pada 28.02.12.
Dimana seorang yang mendapat kecederaan,
Yang masih tanda tanya punca kemalangan masih dalam siasatan????










Khamis, 19 Julai 2012

Bulan Ramadhan


 Pada hari ini 19.07.2012 hari Khamis
 Beberapa tempat telah di tempatkan untuk melihat anak bulan Ramadhan...
 Hasil nya...anak bulan tidak nampak
 Dengan itu 1 Ramadhan telah jatuh pada hari Sabtu
 21.07.2012.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA


Jin syaitan yang sangat jahat sahaja yang di ikat
di bulan Ramadahan.

Ahad, 15 Julai 2012

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

  Pada 15 July 2012
hari puja usia kebawah duli yang maha mulia peduka baginda sultan yang di pertuan Negara Brunei Darussalam.
"Mari mari lah rakyat semua bersatu setia bergembira bahagia..menyambut hari puja usia kebawah duli yang maha mulia"
  Di antara petikan  titah kebawah duli sempena puja usia ke 66 tahun.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 Tahun pada 25hb. Sya’aban, 1433 /15hb. Julai, 2012

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, dapatlah istiadat bagi meraikan Hari Keputeraan Beta pada pagi ini berjalan dengan baik dan lancar.

Pertama-tama, Beta ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu khas Beta, yang sudi hadir ke Istiadat ini, dan juga kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada Beta serta keluarga, bersempena perayaan ini.

Dalam apa jua keadaan dan suasana ketika menyambut keraian ini, kita hendaknya jangan terlepas pandang dari mensyukuri nikmat Allah kepada kita dan negara, berupa keamanan dan kesejahteraan.

Beta juga bersyukur mempunyai rakyat yang bersatu-padu dan bertanggungjawab untuk sama-sama memelihara nikmat yang agung ini.

Dari keamanan akan wujud kestabilan, dan dari kestabilan memungkinkan kita lebih rancak untuk menggarap kemakmuran.

Oleh itu, semua lapisan rakyat adalah berkewajipan untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan tersebut.

Dengan nikmat rezeki serta kestabilan yang ada, Kerajaan Beta insya Allah, akan meneruskan agenda pembangunan di dalam negara.

Pada tahun ini kita telah memulakan Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 iaitu RKN kedua bagi membantu kita merealisasikan Wawasan Negara 2035. RKN pada kali ini lebih menekankan kepada usaha memperkasa keupayaan tenaga kerja, selari dengan teknologi baru dan innovasi, disamping memberikan perhatian kepada kemudahan prasarana, pendidikan, kesihatan, perhubungan, perumahan, riadhah serta tempat-tempat beribadat. Langkah ini diharapkan mampu untuk membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi, standing dengan kadar pertumbuhan ekonomi serantau.

Oleh itu adalah sangat mustahak bagi kita mempastikan perlaksanaan perojek-projek dibawah RKN Ke-10 ini berjalan dengan menepati sasaran waktunya. Janganlah ada yang tertinggal di belakang, apatah lagi yang terbantut.

Beta amatlah gembira mendapati, pendekatan baru kita dalam menyediakan perumahan untuk rakyat telah menampakkan hasil yang menggalakkan. Bilangan rumah-rumah yang telah siap dan yang sedang dalam pembinaan, ternyata berupaya untuk mengurangkan tempoh menunggu bagi pemohon-pemohon.

Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan perumahan bagi rakyat ini, Beta telahpun memperkenankan beberapa inisiatif untuk dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti berikut:

Pertama - Untuk tidak megenakan bayaran premium tanah bagi pembaharuan pajakan tanah yang tidak melebihi 1 ekar, yang diatas tanah berkenaan sudah terdapat rumah kediaman pemilik atau untuk didirikan rumah kediaman bagi tujuan yang sama.

Kedua - Satu Skim Tabungan Perumahan, diwujudkan khusus untuk ahli-ahli TAP rakyat Negara Brunei Darussalam. Keutamaan mengujudkan Skim ini ialah sebagai bantuan kepada ahli-ahli TAP yang berpendapatan rendah.

Skim sukarela atau voluntary ini, akan melayakkan peserta-pesertanya untuk menerima manfa’at-manfa’at tertentu, antaranya jaminan pemberian pulangan tahunan dengan kadar tertentu; dan bagi peserta yang pendapatan keluarganya (household income) tidak melebihi $4,000 sebulan, akan layak untuk dihulurkan bantuan Kerajaan berjumlah tidak melebihi $25,000.

Ketiga - Bagi anggota Perkhidmatan Awam, Beta juga telah memperkenankan satu Skim Pinjaman Kewangan Perumahan di Jabatan Perbendaharaan untuk dikemaskinikan dan disesuaikan dengan keadaan dan keperluan masakini. Melalui perubahan tersebut, jumlah kemudahan kewangan yang boleh dipohonkan bagi membina atau membeli sesebuah rumah, akan ditambah kepada 60 bulan daripada gaji pokok, berbanding hanya 48 bulan yang dibenarkan pada masa ini, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kemudahan kewangan tersebut juga akan dilaratkan bagi pembelian tanah bagi pembinaan rumah berkenaan dengan menggunakan peruntukan tidak melebihi 24 bulan daripada gaji pokok bagi kemudahan kewangan tersebut.

Dengan bantuan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan ini, Beta percaya ianya akan dapat meringankan beban kos pemilikan rumah dikalangan golongan-golongan tertentu di Negara ini, terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Walau bagaimanapun, Beta berharap, dengan adanya bantuan dan kemudahan ini, akan menggalakkan lagi orang ramai untuk sentiasa berjimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan.

Sebagai usaha Kerajaan dalam pembangunan Negara yang lebih menyeluruh, satu berita baik, setelah selesainya kajian feasibility, Kerajaan Beta sekarang ini sedang merancang dengan terperinci bagi pembinaan sebuah jambatan, yang akan menghubungkan Daerah Temburong dengan Daerah Brunei dan Muara.

Sejajar dengan tuntutan masa dan perkembangan global, Beta dalam bidang ICT, juga telah memperkenankan peruntukan sejumlah B$230 juta dibawah RKN Ke-10 untuk Kementerian Perhubungan melaksanakan projek “Fibre-to-the-Home”, yang pada asasnya akan menyediakan infrastruktur jalur lebar yang menyeluruh.

Ini tidak syak lagi akan membawa kepada kemajuan Internet yang lebih berkualiti yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Pada waktu yang sama, kemajuan perkhidmatan ini juga akan turut mengangkat daya-saing negara bagi menarik pelaburan asing.

Namun perlu pula disedari, akan kesan-kesan buruk sampingan, yang boleh saja berlaku dari penyalahgunaan alat canggih ini. Kerana itu sangatlah wajar untuk diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkepentingan, supaya lebih meningkatkan lagi keupayaan dan kewaspadaan dalam perkara-perkara kawalan, pencegahan dan penguatkuasaan.

Turut sama berkewajipan itu, ialah para ibu-bapa, guru-guru, masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan lebih-lebih lagi para belia, sekaku pengguna terbesar kemudahan ICT itu.

Ambillah langkah memanfa’atkan ICT itu dengan cara yang betul.

Kewajipan ini adalah kewaijpan semua. Kita mesti mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara jatidiri kita, dengan calak MIB.

Kita adalah bangsa yang membangun dengan undang-undang, pendidikan dan akhlak yang baik, serta bergerak maju diatas landasan ajaran ugama yang suci. Kita menawarkan persahabatan kepada semua warga dunia, sambil memberitahu, bahawa kita juga adalah rakan yang baik, yang sentiasa bersedia untuk menghormati sesiapa saja.

Demikian itulah pula, kita mengharapkan, agar rakan-rakan juga berpendirian seperti kita dalam menilai dan memahami aspirasi masing-masing, demi untuk keselamatan dan kesejahteraan, sekalipun tanggapan kita adalah berbeza.

Bersukut dengan 66 tahun keputeraan Beta ini, dengan segala kesyukuran, yang akan melepaskan kita semua terutama Raja, dari dituntut oleh Allah Ta’ala pada Hari Kandila kelak, maka Beta dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, setelah meneliti dan mendapat nasihat daripada Badan yang berkenaan, sukacita memaklumkan bahawa Beta telah memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah untuk dilaksanakan di Negara ini, namun dalam pada itu, peruntukan sivil atau ta’zir atau seakan-akan ta’zir akan terus juga diguna-pakai mengikut keperluan.

Masih berkait dengan undang-undang. Kerajaan Beta dalam menagani perbuatan-perbuatan curang, yang sepatutnya tidak berlaku, seperti jenayah penyeludupan keluar minyak bersubsidi seperti diesel, yang amat merugikan itu, tidak akan dibiarkan begitu saja. Kerajaan Beta adalah tidak teragak-agak untuk menggunakan undang-undang bagi membenterasnya.

Sebagai sebuah negara yang berkerajaan, Perkhidmatan Awam adalah jenteranya. Beta masih merasakan, bahawa kecekapan pengurusan dan disiplin dalam Perkhidmatan Awam itu masih saja tetap ditahap yang memerlukan peningkatan. Kemajuan kerjaya pegawai yang menitik-beratkan kepimpinan, masih memerlukan perhatian.

Kerana itu, sehubungan dengan ini, Beta telahpun memperkenankan satu kaedah kenaikan pangkat yang digelar “Kaedah Kenaikan Pangkat Laluan Laju”, sebagai keadah yang bukan eksklusif, dan juga sebagai sebahagian dari usaha dalam rancangan penggantian pegawai-pegawai Bahagian II keatas.

Kaedeh ini dianggap mampu untuk merangsang pegawai-pegawai yang berprestasi tinggi, rajin dan komited.

Dalam bidang kesihatan pula Kerajaan adalah tidak lalai untuk meningkatkan skop dan kualiti perkhidmatan. Namun kes-kes penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, jantung dan kanser, terus saja meningkat dan bahkan ditahap yang membimbangkan.

Pada hemat Beta, cara mencegah dan mengatasi penyakit-penyakit ini adalah banyak bergantung kepada kesedaran dan keazaman setiap individu. Untuk sihat, kita memerlukan disiplin gaya hidup sihat dan permakanan sihat. Diantara gaya hidup sihat itu ialah rajin beriadhah. Sementara permakanan sihat pula, ada dengan ketentuan-ketentuannya yang tersendiri.

Dalam hal ini, ingin juga Beta melihat, sejauh manakah sudah segala kempen atau promosi kita tangani, termasuk menilai keberkesanannya secara empirical?

Kematian bukan saja kerana penyakit, tetapi juga turut berlaku akibat kemalangan jalan raya. Ini juga amat membimbangkan, kerana bilangannya terus meningkat.

Orang ramai biasanya sangat berhajat kepada jalan raya yang berkualiti, tetapi ramai yang tidak mengedahkan harapan Kerajaan untuk melihat, supaya semua pengguna jalan raya juga mestilah berkualiti.

Walau macam manapun, setakat ini, Beta turut berpuas hati dengan pengenalan sistem demerit, yang dianggap berpotensi tinggi bagi usaha-usaha penggunaan jalan raya yang lebih berhemah dan selamat.

Di dalam arena antarabangsa pula, Beta juga sangat berpuas hati, kerana kita dapat memainkan peranan untuk kepentingan bersama didalam pelbagai bidang, khasnya bidang kerjasama serantau mahupun global, berasaskan kosep berbaik-baik dan hormat menghormati serta tidak campur tangan dalam urusan atau kepentingan masing-masing.

Pada tahun 2013, insya Allah negara kita akan menjadi Pengerusi ASEAN dan juga tuan rumah kepada Mesyuarat Kemuncak ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Akhirnya, Beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta diatas sumbangan dan sokongan mereka kepada Kerajaan Beta.

Penghargaan yang setinggi-tingginya juga Beta sampaikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan di kedua peringkat kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat usaha yang gigih pada menjayakan Perayaan Ulang Tahun Beta tahun ini.

Beta juga berdo’a semoga Negara Brunei Darussalam ini akan senantiasa kekal aman dan makmur, dikurniakan limpah rahmat dan lindungan dari Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ahad, 1 Julai 2012

C MALIK MENANDUK


IA KAN MENYEPAK


DUAN MELIBAS



  Libasan c Hafiz yang Tajam

 Hari ane Ia Hari Jadi...Selamat Hari Jadi